Sunday, July 27, 2008
Bahagia. Kami berkumpul semula dalam ikatan persaudaraan dan kasih sayang sekeluarga!
Thursday, July 24, 2008
Mencari Laksamana
Sungguh indah Si Inderaloka,
Tempat laris dagang senterinya;
Gelanggang sudah kami buka,
Cabutlah keris dari sarungnya.
Tanjung Tuan beribu batu,
Tiadaku angan dalam anganan;
Lempar tuan lempar batu,
Lempar jangan sembunyi tangan.
Dari pekan turun ke tanjung,
Intai gelagak rambutan jantan;
Bertarung tuan jangan bertarung,
Bertarunglah lagak si anak jantan.
*Dimanakah kau Laksamanaku?
Tempat laris dagang senterinya;
Gelanggang sudah kami buka,
Cabutlah keris dari sarungnya.
Tanjung Tuan beribu batu,
Tiadaku angan dalam anganan;
Lempar tuan lempar batu,
Lempar jangan sembunyi tangan.
Dari pekan turun ke tanjung,
Intai gelagak rambutan jantan;
Bertarung tuan jangan bertarung,
Bertarunglah lagak si anak jantan.
*Dimanakah kau Laksamanaku?
Tuesday, July 22, 2008
Untung Nasib
Anak Datu meniti banir,
Akar serabut silang selirat;
Untung batu timbul di air,
Untung sabut tenggelam di darat.
*Mensyukuri tiap kurniaan, biarpun kadang-kadang agak pahit untuk menerimanya.
Akar serabut silang selirat;
Untung batu timbul di air,
Untung sabut tenggelam di darat.
*Mensyukuri tiap kurniaan, biarpun kadang-kadang agak pahit untuk menerimanya.
Saturday, July 19, 2008
Hadiah
Padi huma ditampi-tampi,
Buat sajian santapan raja;
Tuan umpama bulan di hati,
Hamba menumpang cahaya saja.
Buat sajian santapan raja;
Tuan umpama bulan di hati,
Hamba menumpang cahaya saja.
Selangkah di Hadapan

Kembara ilmu ini terlalu indah. Biarpun hanya selangkah di hadapan, bukan mudah menggapainya. Saya tahu tentang itu. Apa-apapun, saya telah nekad. Tidak ada apa-apa yang mampu mengubahnya. Jika harus mencuba beratus-ratus kali lagi selepas ini pun saya tidak akan pernah mengubah perjanjian yang telah terpatri. Saya tahu, Tuhan pasti tidak menghampakan hamba-Nya yang mahu berusaha!
Thursday, July 3, 2008
Lewat Resah dari Ujung Tanjong
Terima kasih, Ya Allah. Lebat sekali titis rahmat dari langit-Mu. Tempiasannya menusuk hati; basah dan mesra mengusap jiwa yang kontang. Rahmat-Mu tidak pernah surut biar kami tetap ponggah dan rakus lakunya. Moga tempias titis rahmat-Mu di penghujung Jamadil Akhir ini mampu membersihkan jiwa dan minda kami daripada karat kotoran dunia! Moga tempias titis rahmat-Mu di Penghujung Jamadil Akhir ini dapat menyatukan kembali retak-retak yang kini hanya menanti belah, Ya Allah. Amin.
Harga Sebungkus Nasi Lemak

Oleh: Hasrina Baharum
Waktu rehat hari itu seperti waktu rehat hari-hari yang lalu juga. Setelah mencuci tangan bersih-bersih, Wilda memilih meja yang paling hujung, yang agak jauh daripada pelajar lain. Dia senang sendirian begitu. Puas! Menikmati juadah kegemarannya tanpa gangguan ialah nikmat yang paling berharga baginya. Kata bapak, lebih elok jangan bercakap ketika makan – bimbang, kalau-kalau terlanjur bercakap perkara yang tidak baik di hadapan rezeki; atau silap-silap haribulan boleh tercekik. Bekas minuman yang mengandungi air masak diletakkan di atas meja. Dia membuka bungkusan nasi lemak yang berbalut daun pisang dengan berhati-hati. Harumannya memancing selera. Melihat sambalnya sahaja dia sudah kecur liur.
Dengan lafaz bismillah, Wilda menyuapkan nasi lemak itu ke mulutnya. Dia mengunyah perlahan-lahan sebelum menelannya penuh nikmat. Dia benar-benar ingin menikmati kelazatan nasi lemak itu. Wilda tahu, selepas ini dia tidak mungkin dapat merasa kelazatan nasi lemak kegemarannya itu pada setiap hari, seperti biasa lagi. Wang saku sekolahnya telah dikurangkan daripada RM2.00 kepada RM1.00. Walaupun telah diterangkan oleh emak berkali-kali tentang perkara itu, Wilda masih tidak faham-faham. Hanya satu perkara yang sering diulang-ulang emak dan Wilda masih ingat: Harga minyak naik lagi!
“Harga minyak naik lagi!”
Kata-kata itu hampir kedengaran di mana-mana sahaja Wilda pergi. Di warung Mak Ngah Lijah, di perhentian bas Simpang Kuala Sungai, di pekan Alor Setar, di sekolah – di mana-mana sahaja! Kata bapak, berita itu bukan sahaja telah menggemparkan penduduk Kampung Pondok Telepon, tetapi juga seluruh dunia. Di Indonesia dan di Filipina umpamanya, seluruh masyarakatnya telah berdemostrasi di jalanan membantah kenaikan harga minyak. Kata bapak, kali ini harga minyak telah melojak naik lagi, malah lonjakannya berkali-kali ganda daripada biasa. Wilda tidak begitu pasti setinggi manakah lonjakan itu? Bingung Wilda memikirkannya!
Dengan lafaz bismillah, Wilda menyuapkan nasi lemak itu ke mulutnya. Dia mengunyah perlahan-lahan sebelum menelannya penuh nikmat. Dia benar-benar ingin menikmati kelazatan nasi lemak itu. Wilda tahu, selepas ini dia tidak mungkin dapat merasa kelazatan nasi lemak kegemarannya itu pada setiap hari, seperti biasa lagi. Wang saku sekolahnya telah dikurangkan daripada RM2.00 kepada RM1.00. Walaupun telah diterangkan oleh emak berkali-kali tentang perkara itu, Wilda masih tidak faham-faham. Hanya satu perkara yang sering diulang-ulang emak dan Wilda masih ingat: Harga minyak naik lagi!
“Harga minyak naik lagi!”
Kata-kata itu hampir kedengaran di mana-mana sahaja Wilda pergi. Di warung Mak Ngah Lijah, di perhentian bas Simpang Kuala Sungai, di pekan Alor Setar, di sekolah – di mana-mana sahaja! Kata bapak, berita itu bukan sahaja telah menggemparkan penduduk Kampung Pondok Telepon, tetapi juga seluruh dunia. Di Indonesia dan di Filipina umpamanya, seluruh masyarakatnya telah berdemostrasi di jalanan membantah kenaikan harga minyak. Kata bapak, kali ini harga minyak telah melojak naik lagi, malah lonjakannya berkali-kali ganda daripada biasa. Wilda tidak begitu pasti setinggi manakah lonjakan itu? Bingung Wilda memikirkannya!
Barangkali lonjakan kali ini lebih tinggi daripada pohon kelapa condong di belakang rumahnya. Maka, sebab itulah semua orang melenting dan tidak puas hati dengan kenaikan tersebut. Namun, Wilda tidak peduli sangat perkara itu – bukan masalahnya. Selagi dapat bersekolah, makan, dan bermain bersama-sama rakan, Wilda sudah berpuas hati. Dia tidak pernah berharap akan beroleh sesuatu yang lebih daripada itu – tidak pernah! Walaupun masih kecil, dia mengerti kesederhanaan hidup yang menyelubungi kehidupannya sekeluarga. Bapaknya hanya seorang nelayan, emaknya pula hanya tukang cuci di sekolah.
Maka, dengan sebab itu, Wilda sudah bersyukur, malah reda! Yang Wilda tahu, belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya pada masa hadapan. Dia ingin sekali menjejaki Kaktih yang kini berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ada kalanya dia berangan-angan menyusuli Abang Din di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dia mahu berjaya seperti seperti mereka. Saat itu Wilda ingin lekas-lekas dewasa! Azamnya setinggi langit. Dia ingin membatu bapak dan emak. Jika diizinkan Allah, dia ingin membina sebuah rumah yang selesa untuk mereka. Dia ingin memberikan kesenangan kepada mereka setelah berpenat lelah mendidik dan membesarkannya dan adik-beradik lain sehingga berjaya.
Sebenarnya Wilda sangat bimbang setiap kali bapak turun ke laut. Dia bimbang kalau-kalau bapak tidak pulang-pulang seperti Pak Ngah Mid, jiran sebelah rumahnya. Gara-gara bot dipukul gelombang, Pak Ngah Mid tidak pulang ke rumah. Alia, teman akrabnya menjadi yatim dalam usia muda. Kasihan Mak Ngah Lijah yang terpaksa bertungkus-lumus berjualan di warung demi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Wilda tidak mahu kejadian yang sama menimpa bapaknya. Maka, dia ingin lekas-lekas dewasa supaya dapat menyara bapak dan emaknya pula. Dengan hal yang demikian, bapak tidak perlu turun ke laut lagi. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini Wilda menjadi runsing. Fikirannya runsing sekali mengenangkan perkembangan yang berlaku sejak dua tiga minggu belakangan ini.
Kebimbangannya kali ini bukanlah kerana bapak selalu turun ke laut, tetapi kerana melihat bapak yang kerap berkumpul di dewan orang ramai. Sudah hampir seminggu bapak dan rakan-rakannya tidak turun ke laut. Saban hari Pak Coh, Ayah Lan, Pak Long Atan, Tok Lang Aki dan semua orang kampung berkumpul di dewan orang ramai itu. Wilda berasa seperti ada perkara penting yang sedang dibincangkan oleh mereka, tetapi apa? Barangkali perbincangan mereka berkait rapat dengan kenaikan harga bahan api itu. Wilda sendiri tidak begitu pasti sebenarnya. Dia sekadar meneka.
Wilda berasa aneh. Penting sangatkah pertemuan tu sehingga mereka sanggup tidak turun ke laut? Jika tidak turun ke laut, dari manakah bapak hendak mendapatkan wang untuk menyara persekolahannya adik-beradik? Yuran kelas tambahan di rumah Cikgu Fatima perlu dijelaskan saban bulan. Hal itu belum lagi mengambil kira wang sara hidup Kaktih dan Abang Din di universiti! Gaji emak pula hanya cukup-cukup untuk simpanan kecemasan dan membayar ansuran sewa rumah yang didiami mereka. Bagaimanakah hendak mendapatkan ikan-ikan yang segar untuk dibuat lauk, jika bapak tidak turun ke laut?
Bagaimanakah pula jika keadaan ini berterusan? Wilda gerun untuk berfikir sejauh itu. Dia tidak dapat membayangkan jika terpaksa diberhentikan sekolah gara-gara masalah kewangan apabila bapak terus tidak turun ke laut. Dia sedar, wang sangat penting untuk hidup pada zaman ini. Memang benar, wang tidak boleh membeli segala-galanya, namun tanpa wang, dia tidak akan dapat ke mana-mana juga. Biarlah rajin belajar atau bijak setara mana sekalipun! Tanpa wang, bagaimanakah dia dapat melanjutkan pelajaran demi menggapai cita-citanya kelak? Semuanya memerlukan wang – untuk membayar yuran dan segala macam! Wilda sungguh-sungguh runsing. Fikirannya tambah kusut mengenangkan peristiwa pagi tadi.
“Eh, kenapa emak beri adik RM1.00 sahaja? Bukankah adik ada kelas mengaji al-Quran dan fardu ain di sekolah petang ni?” Wilda jadi hairan.
“Oh, kita kena berjimat-cermat sekarang. Harga minyak naik lagi, adik! Semua barang dah jadi mahal, tetapi adik jangan bimbang. Mulai hari ini, mak akan sediakan bekalan makanan dan biskut untuk makan tengah hari dan minum petang adik. Sebab itulah mak beri RM1.00 sahaja. Wang itu, adik boleh gunakan untuk beli minuman atau apa-apa pada sebelah petang nanti.” Emak memberikan penjelasan panjang lebar.
Wilda mengangguk, cuba mengerti kata-kata emak walaupun dia sebenarnya tidak begitu jelas perkaitan kenaikan harga minyak dengan pengurangan jumlah wang saku sekolahnya. Walaupun agak berat, Wilda mengukirkan senyuman dan menyambut bekalan makanan tersebut dengan ucapan terima kasih. Dalam hati, dia agak terkilan kerana tidak lagi dapat membeli nasi lemak kegemarannnya di warung Mak Ngah Lijah seperti biasa. Pasti Mak Ngah Lijah sudah menyimpan sebungkus nasi lemak khas untuknya seperti setiap pagi. Bungkusannya itu lebih istimewa berbanding bungkusan jualan yang lain. Di dalam bungkusan itu, Mak Ngah Lijah telah melebihkan sayur kangkung rebus dan sambal kerang untuknya. Timbul rasa kasihan dalam hatinya kepada Mak Ngah Lijah. Esok dan hari-hari seterusnya, pasti dia akan kehilangan seorang pelanggan setianya.
“Lajunya adik jalan! Nasi lemaknya, kenapa tidak diambil?”
Wilda terkenangkan peristiwa awal pagi tadi. Ketika itu kabus masih menyelubungi daerahnya. Wilda segera berpaling. Dia tahu, suara Mak Ngah Lijah yang menegurnya. Wilda sangat pasti. Otaknya ligat mencari alasan untuk tidak membeli nasi lemak seperti biasa pagi tadi. Sungguh, Wilda berasa serba salah.
“Err ... adik ... adik bawa bekal hari ini Mak Ngah. Mak kata ... harga minyak naik lagi. Jadi adik dah tak perlu beli nasi lemak hari ini. Duit belanja adik cukup-cukup untuk beli minuman, kalau-kalau haus petang nanti.” Wilda tidak pandai berbohong. Dalam hati, dia berharap Mak Ngah Lijah akan faham dan tidak marah kepadanya.
“Ooo ... sebab itulah adik jalan laju-laju, ya?” Sekuntum senyuman terukir pada wajahnya. Wilda hairan melihat Mak Ngah Lijah tersenyum begitu. Tiada tanda marah atau kecil hati pada wajahnya. Dalam hatinya, Wilda diterjah perasaan bersalah yang amat sangat.
“Adik minta maaf, Mak Ngah Lijah. Adik pergi dululah, ya? Takut ketinggalan van pula nanti,” tutur Wilda merendah. Dia mula mengangkat kaki melangkah.
“Nanti dulu, adik!”
Wilda tidak jadi melangkah. Mak Ngah Lijah segera menghampirinya. Hatinya kecut. Badannya menggeletar. Adakah Mak Ngah Lijah akan memarahinya seperti dia memarahi Alia suatu waktu dahulu? Wilda masih ingat, suara Mak Ngah Lijah kuat macam petir ketika memarahi Alia yang gagal dalam matapelajaran Matematik dalam ujian bulan Mei lalu. Memang banyak cabarannya belajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Dia sendiri pun hanya mampu mendapat gred B, namun Wilda tidak putus asa. Dia akan terus berusaha untuk berjaya!
“Nah, ambil nasi ini. Adik tak perlu bayar satu sen pun. Memang Mak Ngah dah bungkuskan nasi lemak ini khas untuk adik.” Tutur kata Mak Ngah Lijah begitu lembut dan menyenangkan pendengaran Wilda. Sangkaannya meleset sama sekali. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa-apa yang didengarnya.
“Eh, apa tercegat lagi! Cepat ambil! Nanti adik ketinggalan van pula! Mesti Pak Amat tertunggu-tunggu, adik tak sampai-sampai lagi.” Gesaan Mak Ngah Lijah tidak dapat ditolak. Wilda berasa sangat malu. Dia seperti mahu menangis saat-saat menyambut bungkusan nasi lemak itu daripada tangan Mak Ngah Lijah. Mulia sungguh hati wanita tua itu. Wilda sangat terharu.
“Terima kasih Mak Ngah. Adik pergi dahulu, ya?” Wilda segera menyeka air mata yang bergenang di kelopak matanya sebelum melangkah pergi.
Ada keharuan yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Dalam hati, dia sempat menggerutu. Walaupun tidak begitu jelas dengan perkara yang sedang berlaku, dia yakin bahawa semuanya gara-gara harga minyak naik lagi! Benar. Gara-gara harga minyak naik lagi, wang saku sekolahnya telah dikurangkan sehingga tidak dapat Wilda membeli nasi lemak kegemarannya seperti biasa. Gara-gara harga minyak naik, Mak Ngah Lijah harus memberi nasi lemak secara percuma kepadanya pagi tadi.
Wilda terus menyuapkan nasi lemak yang masih tinggal separuh itu ke dalam mulutnya. Kerang yang bersalut sambal itu terus dikunyahnya perlahan-lahan sehingga lumat sebelum menelannya. Memang pedas, tetapi dia tetap berselera. Dia terus mencicipi nasi lemak kegemarannya dengan penuh nikmat. Kelazatannya tidak terkata. Rasa lemak nasinya, masin ikan bilisnya, manis kangkung rebusnya, dan pedas sambal itu tidak mungkin dapat dilupakan Wilda sampai bila-bila. Dalam hati, dia bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya itu.
“Selepas ini, kita mesti lebih jimat cermat, adik.” Wilda segera teringat kata-kata emak malam tadi. Berkerut-kerut dahinya mendengar kata-kata itu. Namun, dia tidak segera menyahutnya. Dia terus memasang telinga mendengar kata-kata selanjutnya daripada emak. Ketika itu emak sedang melipat kain sambil menemaninya menyiapkan kerja sekolah.
“Jadi, emak fikir, mulai bulan hadapan, adik tak perlu pergi kelas tambahan lagi. Lagipun, mak lihat pencapaian pelajaran adik memuaskan. Ah, mak yakin, adik pun boleh berjaya seperti Kaktih dan Abang Din, walaupun tanpa kelas tambahan.”
Wilda tersentak. Terlepas pen daripada genggaman tangannya. Dia yang mulanya menyiapkan kerja sekolah sambil meniarap bangun serta-merta dan mengemaskan duduknya. Dia benar-benar menghadap wajah emak pada waktu itu. Walau bagaimanapun, emak bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku. Emak terus melipat kain, satu demi satu dengan riak selamba. Wilda seperti tidak percaya emak sanggup berkata-kata demikian. Selama ini emaklah yang selalu mendorongnya mengikuti kelas tambahan. Emak yang selalu mengatakan bahawa dia tidak pernah akan berkira dalam hal yang menyangkut-paut pelajarannya adik-beradik, tetapi malam itu semuanya sudah berubah.
“Tapi, mak ....”
“Alaaa, buat sementara sahaja. Lagipun, harga minyak naik lagilah, dik! Kita kenalah berjimat cermat. Bila bapak dan emak ada duit lebih nanti, bolehlah adik masuk kelas tambahan semula. Peperiksaan UPSR pun tahun pada hadapan, bukan? Buat sementara waktu ni, eloklah adik ulangkaji sendirian dahulu. Kalau ada apa-apa yang adik tak faham, langsung tanya kepada guru yang mengajar.” Emak cepat-cepat memberikan penjelasannya sebelum sempat Wilda berkata-kata.
“Ah, lagi-lagi pasal minyak! Apa kena-mengenanya dengan kelas tambahan adik!” Pada waktu itu mahu sahaja dia menjerit demikian demi menyatakan bantahannya terhadap keputusan emak. Sayangnya, kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya. Walaupun sangat terkilan dengan keputusan tersebut, Wilda hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu mengusutkan lagi fikiran emak dengan perkara yang tidak-tidak. Pasti emak ada alasannya tersendiri. Diam-diam, Wilda memujuk hati untuk menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka. Dalam hatinya, dia berdoa agar harga minyak segera turun!
Wilda menyuapkan suapan nasi lemaknya yang terakhir pada pagi itu. Segera dia membuka penutup bekas minumannya. Perlahan-lahan Wilda meneguk air masak dari dalam bekas minuman yang disediakan oleh emak pagi tadi. Sekilas dilihat jam tangan pada pergelangan tangannnya. Waktu rehat juga telah hampir ke penghujung. Kantin juga mulai lengang.
“Alhamdulillah,” terlepas kata-kata itu daripada bibir comelnya.
Wilda segera bangun dari tempat duduknya menuju ke tempat tong sampah untuk membuang pembungkus nasi lemaknya. Dari situ, segera dia menuju ke sinki pula untuk untuk mencuci tangannya. Wilda kembali ke meja mengambil bekas minuman yang masih berbaki airnya. Lambat-lambat dia berjalan ke kelasnya dengan satu harapan yang tinggi – moga-moga esok harga minyak akan turun semula; moga-moga esok bapak akan turun ke laut seperti biasa; moga-moga bulan hadapan dia masih dapat meneruskan kelas tambahannya di rumah Cikgu Fatima; dan moga-moga esok dia dapat mengulangi kesedapan menikmati nasi lemak Mak Ngah Lijah tadi seperti selalu!
*Sesuatu yang kecil bagi kita, barangkali sangat-sangat besar bagi mereka.
Hubungan Kemanusiaan dan Persahabatan

Masa begitu pantas. Meniti minggu terakhir di SMK Khir Johari, Tanjong Malim Perak, saya seperti terlontar ke lubuk keharuan yang paling dalam. Saya memperoleh sesuatu yang sangat berharga, yang tidak mungkin terbanding nilai wang ringgit atau apa-apa nilai wang sekalipun!Aneh; seperti ada sesuatu yang 'mengikat' saya biarpun hanya sebentar bersama-sama mereka, namun saya mengerti akhirnya. Begini rasanya bergelar pendidik. Saya beroleh 'kepuasan' dan 'kebahagiaan' yang sukar diluahkan dengan kata-kata.
